D.I.Y Craft a.k.a Do It Yourself Craft dibangunkan untuk berkongsi idea tentang cara-cara membuat pelbagai jenis kraftangan yang ringkas dan menarik tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)...Hi uols, memandangkan ini adalah 1st entry saya. So, saya ingat hari ini saya nak berkongsi video cara membuat Cute Kawai Octopus. Diharap uols dapat something daripada video ini ..
SELAMAT MENCUBA :))
Cute Kawai Octopus Video
Mungkin ada yang tak sempat nak ikut cara-cara dalam video di atas..baik la saya akan terangkan step by step k..don't worry :))
bahan-bahan yang diperlukan:
1) kain felt (mengikut warna yang uols suka)
2) gunting
3) jarum
4) benang
5) assesori lain (contoh: riben, button, dll)
6) sekeping kertas
7) kapas
8) pesil/pen
cara-caranya:
langkah 1: mestilah dimulakan dengan bismillah :))
langkah 2: ambil sekeping kertas kemudian lukis corak yang uols suka. kemudian potong corak tersebut dengan menggunakan gunting ye..
langkah 3: ambil corak yang telah digunting tadi kemudian tekapkan di atas kain felt. Lukiskan dua corak yang sama untuk mendapatkan bahagian depan dan belakang. Untuk membuat bahagian mata dan pipi, uols boleh ikut langkah 2.
langkah 4: Bila sudah selesai menggunting ke semua bahan-bahan tersebut..uols dah boleh mula menjahit...macam mana nak jahit?senang je ouls boleh menggunakan teknik jahitan insang pari untuk mencantumkan bahagian depan dan belakang Octopus. Untuk bahagian mata dan pipi uols boleh guna teknik jahitan sembat/jelujur/backstich(suka hati uols la :))..
Peringatan: jangan jahit sehingga habis tinggalkan sedikit ruang untuk masukkan kapas.