Wednesday 22 May 2013

D.I.Y: JEWELLERY BOX

Assalamualaikum.....

Apakhabar semua? Semoga ALlah sentiasa merahmati hidup rakan-rakan sekeluarga.

Hari ni, just nak share tentang JEWELLERY BOX yang berbentuk seperti sebiji kek.
Jewellery box ni bolehlah digunakan untuk menyimpan kerongsang, pin tudung, gelang dan pelbagai aksesori yang lain. Jadi, di samping ianya cantik untuk dibuat hiasan, ianya juga dapat digunakan untuk menyimpan barangan yang kecil. Comel2 semuanya jika berminat boleh la join bengkel yang disediakan. 


Di bawah ni adalah link dari Soffea's Lil Cottage:
 http://soffeashouseofdeco.blogspot.com/2010/03/faux-cake-accessories-jewellery-box.html






Monday 22 April 2013

D.I.Y: Cara Membuat Origami

Hai..

Hari ni saya nak kongsi dengan anda cara nak buat origami..kat bawah ni ada link..so anda boleh pilih la yang mana anda suka.




Sunday 31 March 2013

D.I.Y: Cara membuat Kawaii Guitar

Assalamualaikum..hari ni saya nak share video cara untuk membuat guitar menggunakan kain felt..
Selamat Mencuba :))

Kawaii Guitar

Friday 22 March 2013

D.I.Y: Cara Membuat "Cute Kawai Octopus" menggunakan Kain Felt

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)...Hi uols, memandangkan ini adalah 1st entry saya. So, saya ingat hari ini saya nak berkongsi video cara membuat Cute Kawai Octopus. Diharap uols dapat something daripada video ini ..

SELAMAT MENCUBA :))


Cute Kawai Octopus Video


Mungkin ada yang tak sempat nak ikut cara-cara dalam video di atas..baik la saya akan terangkan step by step k..don't worry :))

bahan-bahan yang diperlukan:
1) kain felt (mengikut warna yang uols suka)
2) gunting
3) jarum
4) benang
5) assesori lain (contoh: riben, button, dll)
6) sekeping kertas
7) kapas
8) pesil/pen

cara-caranya:
langkah 1: mestilah dimulakan dengan bismillah :))

langkah 2: ambil sekeping kertas kemudian lukis corak yang uols suka. kemudian potong corak tersebut  dengan menggunakan gunting ye..

langkah 3: ambil corak yang telah digunting tadi kemudian tekapkan di atas kain felt. Lukiskan dua corak yang sama untuk mendapatkan bahagian depan dan belakang. Untuk membuat bahagian mata dan pipi, uols boleh ikut langkah 2.

langkah 4: Bila sudah selesai menggunting ke semua bahan-bahan tersebut..uols dah boleh mula menjahit...macam mana nak jahit?senang je ouls boleh menggunakan teknik jahitan insang pari untuk mencantumkan bahagian depan dan belakang Octopus. Untuk bahagian mata  dan pipi uols boleh guna teknik jahitan sembat/jelujur/backstich(suka hati uols la :)).. 

Peringatan: jangan jahit sehingga habis tinggalkan sedikit ruang untuk masukkan kapas.

langkah 5: Alhamdulillah dah siap....:))
Terima Kasih...